Isnin, 18 Disember 2017

Cucur Badak

Cucur Badak
Ubi keledek       - 300 gram
(Direbus dan lecek)
Tepung Gandum - 150 gram
Garam.                  - 1 sudu kecil

Serunding:
Kelapa Parut.       - 400 gram
Minyak.                 - 10 ml ( Untuk menumis)
Cili Giling.             - 80 gram
Udang Kering.      - 80 gram (Bahan kisar)
Bawang Besar.     - 1 biji (Bahan kisar)
Bawang Putih.      - 2 ulas (Bahan kisar)
Serai.                      - 1 batang (Bahan kisar)

Kaedah :

  1. Rebus ubi keledek sehingga masak dan lembut.
  2. Lenyekkan ubi tadi bersama garam dan sejukkan. 
  3. Apabila ubi sudah sejuk masukkan tepung gandum dan jadikan doh.
  4. Bentukkan doh menjadi bulat dan rehatkan. 
  5. Masakkan inti seperti inti pulut panggang. Sejukkan. 
  6. Masukkan inti di dalam doh tadi. Goreng dalam minyak yang penuh.
  7. Hias dan hidangkan. 
Bahan Asas: Ubi keledek 
Kaedah Memasak: Menggoreng Minyak Banyak 

Gertuk Ubi Kayu

Gertuk Ubi Kayu
Ubi kayu.                  - 350 gram
Kelapa Parut Putih - 100 gram
Gula Pasir.                - 150 gram
Garam.                      - 1 sudu kecil

Kaedah:

  1. Rebus ubi kayu sehingga lembut dan masak.
  2. Apabila sudah masak dan lembut lenyekkan ubi sehingga hancur bersama garam dan gula pasir.
  3. Masukkan kelapa parut ke dalam ubi yang telah dilenyekkan tadi sehingga sebati. 
  4. Bentukkan doh bulat sederhana besar dan goreng dalam minyak yang telah dipanaskan.
  5. Goreng sehingga berwarna emas keperangan, angkat dan toskan minyak.
  6. Hidang dan hiaskan.
Bahan Asas: Ubi kayu 
Kaedah Memasak: Menggoreng Minyak Banyak 

Ahad, 17 Disember 2017

Bingka Ubi / Tapioca Cake

Bingka Ubi
Ubi kayu.                        - 250 gram
Pati Santan.                    - 250 ml
Air gula melaka pekat - 250 ml
Telur Ayam.                   - 1 biji
Marjerin.                        - 60 gram

Kaedah:

  1. Bancuh ubi yang diparut dengan santan dan air gula pekat.
  2. Pukul telur dan masukkan dalam adunan ubi tadi.
  3. Masukkan marjerin yang telah cair. Kacau dan ratakan.
  4. Panaskan acuan yang telah di lenserkan. Kemudian masukkan adunan ke dalam acuan tadi.
  5. Bakar hingga perang dan masak. 
Bahan Asas: Ubi kayu 
Kaedah Memasak: Membakar 

Abok-Abok

Abok-Abok 
Biji Sagu.                  - 200 gram
Gula Pasir.               - 100 gram
Gula Melaka.           - 100 gram
Jus Pandan.              - 6 sudu besar
Kelapa Parut Putih - 6 sudu besar

Daun Pisang            - 8 helai (7cm x 22cm)

Kaedah:

  1. Sediakan air kukusan.
  2. Basuh sagu dalam penapis dan toskan. 
  3. Campurkan gula melaka dengan gula pasir.
  4. Sediakan kelongsong daun pisang. 
  5. Masukkan sagu ke dalam mangkuk adunan, campurkan kelapa, jus pandan dan gaul rata.
  6. Buka kelongsong dan masukkan sedikit campuran sagu ke dalam kelongsong dan tekan sedikit.
  7. Masukkan 1 sudu kecil campuran gula dan ambil campuran sagu tutup di atasnya.
  8. Lipat kedua belah kelongsong dan kukus selama 20 minit atau hingga sagu masak (jernih).
Bahan Asas: Sagu
Kaedah Memasak: Mengukus 

Sabtu, 16 Disember 2017

Talam Suji

Talam Suji
Bahan A:
Telur.                     - 4 biji
Santan.                  - 100 ml
Gula Melaka.        - 100 ml
Gula Pasir.            - 50 gram
Tepung Gandum - 15 gram
Daun Pandan.      - 2 helai

Bahan B:
Tepung Suji.         - 1/2 cawan
Telur.                     - 1 biji
Tepung Gandum - 30 gram
Santan.                  - 350 ml
Gula Pasir.            - 50 gram
Daun Pandan.      - 2 helai
Pewarna Hijau

Kaedah:

  1. Masukkan semua bahan B kecuali tepung suji di dalam blender dan blend halus. Tapiskan.
  2. Masukkan semua bahan B ke dalam tepung suji dan kacau rata.
  3. Masakkan di atas api perlahan hingga pekat.
  4. Tuangkan di dalam loyang dan kukus selama 5 minit.
  5. Masukkan kesemua bahan A ke dalam blender. Blend dan tapiskan.
  6. Tuangkan di atas lapisan suji tadi.
  7. Kukus hingga masak. (Api jangan terlalu kuat hingga bancuhan telur menggelembung) 
  8. Sejukkan. Potong dan hidangkan. 
Bahan Asas: Tepung Suji 
Kaedah Memasak: Mengukus 

Roti Nan

Roti Nan
Tepung Gandum.    - 500 gram
Yis Kering.                - 11 gram
Garam.                      - 1 sudu kecil
Air.                             - 75 ml
Susu.                          - 25 ml
Yogurt.                       - 25 gram
Gula.                          - 1 sudu kecil

Kaedah:

  1. Uli tepung bersama air, susu, gula dan yogurt sehingga menjadi doh yang lembut.
  2. Rehatkan selama 4 jam.
  3. Bentukkan menjadi bebola dan canai membujur.
  4. Bakar dalam ketuhar bersuhu 190 celcius sehingga menggelembung atau kekuningan. 
  5. Hidangkan bersama ayam tandoori. 
Bahan Asas: Tepung Gandum
Kaedah Memasak: Membakar 

Gulab Jamun

Gulab Jamun
Susu Tepung.         - 125 gram
Tepung Gandum.  - 4 cawan besar
Baking Powder.     - 1 sudu kecil
Minyak Sapi.          - Secukup rasa
Air                            - 50 ml

Sirap:
Gula Pasir.              - 200 gram
Air.                           - 125 ml
Minyak Masak.      - 1 liter

Kaedah:

  1. Buatkan sirap pekat.
  2. Campurkan semua bahan kering.
  3. Dengan menggunakan jari adunkan minyak sapi ke dalam itu.
  4. Masukkan air dan uli adunan hingga menjadi doh yang lembut.
  5. Biarkan 30 minit dalam suhu bilik atau boleh masukkan sebentar di dalam peti sejuk.
  6. Bulatkan sebesar guli dan goreng didalam minyak banyak.
  7. Rendamkan tepung yang telah digoreng tadi di dalam sirap pekat.
  8. Hidangkan. 
Bahan Asas: Tepung Gandum 
Kaedah Memasak: Menggoreng Minyak Banyak

Uppama

Uppama
Tepung Suji.     - 150 gram
Kelapa Parut.   - 300 gram
Daun Kari.        - 10 helai
Cili Kering.        - 10 gram
Biji Sawi.           - 1 sudu besar
Bawang Besar. - 2 besar
Gula.                  - 100 gram
Garam.              - 1 sudu besar

Kaedah:

  1. Panaskan minyak di dalam kuali. Tumiskan bawang hingga layu.
  2. Masukkan pula daun kari dan cili kering.
  3. Masukkan biji sawi.
  4. Masukkan kelapa parut.
  5. Kacau sebati perasakan dengan gula dan garam.
  6. Masukkan sedikit sahaja air dan tunggu hingga mendidih. 
  7. Kemudian masukkan tepung suji dan kacau sebati.
Bahan Asas: Tepung Suji 
Kaedah Memasak: Menggoreng Minyak Sedikit 

Kesari

Kesari
Tepung Suji      - 1/2 cawan
Susu Segar        - 1/2 cawan
Gajus.                 - 50 gram
Pewarna kuning
Air                      - 2 1/2 cawan
Minyak Sapi.    - Secukup rasa
Kismis.              - 50 gram
Gula.                  - 50 gram

Kaedah :

  1. Tumiskan kismis dan gajus dengan minyak sapi.
  2. Tuangkan susu dan air. Biarkan mendidih. 
  3. Masukkan gula dan sedikit garam dan pewarna.
  4. Masukkan tepung suji.
  5. Alihkan daripada api dan kacau hingga pekat.
  6. Masukkan di dalam bekas dan setkan hingga keras.
  7. Keluarkan daripada bekas dan hidangkan.
Bahan Asas: Tepung Suji
Kaedah Memasak: Merendidih

Sabtu, 9 Disember 2017

Hidangan Karbohidrat - Masakan Melayu

Apabila kita berkata tentang hidangan karbohidrat dalam masakan Melayu, kita akan terus kaitkan kepada aneka jenis hidangan nasi. Nasi merupakan makanan asasi rakyat Malaysia yang membekalkan sumber karbohidrat yang terbesar dalam sajian harian. Selain dari nasi, sumber karbohidrat seperti pulut dan ubi kayu juga digunakan dalam masakan Melayu.  Di samping dapat membekalkan tenaga kepada tubuh badan, hidangan karbohidrat juga menjadi pelengkap kepada keseimbangan dalam sesuatu menu yang dirancang.

Beras

Beras merupakan bahan makanan utama bagi orang Asia. Ia boleh direbus untuk dijadikan nasi atau bubur dan dimakan bersama lauk seperti daging, ikan, karangan laut dan sayur-sayuran. Beras boleh dikisar untuk dijadikan tepung beras. Tepung beras digunakan untuk membuat kuih muih, mihun, laksa, kueh tiaw, bahan penyadur, dan pemekat untuk sesuatu masakan.

Jenis Beras

Beras separa rebus

  • Direndam 24 jam, nutrien (vitamin B, kalsium, ferum dan gluten) diserap oleh endosperma
  • Direbus setengah masak selama 10 minit dan dikeringkan sebelum dikisar
  • Dikenali sebagai beras keling
  • Warna kekuningan dan sangat berkhasiat
  • Terdapat bau luar biasa tetapi tahan lama untuk disimpan
Beras Kampung 
  • 40% - 50 % bran dan germa dikeluarkan - lebih berkhasiat 
  • Kehadiran gluten, vitamin B dan mineral
  • Warna keperangan dan berbau tidak enak
  • Ada sedikit lemak menjadi cepat hapak dan mudah berkutu
Beras Pulut 
  • Mempunyai kandungan kanji yang tinggi berbanding beras biasa
  • Diproses sama seperti beras biasa
  • Selain putih, terdapat juga beras pulut berwarna hitam
  • Boleh diproses menjadi tepung 
  • Beras pulut dan tepung pulut boleh dijadikan bahan untuk membuat kuih manis dan savouri
Beras Putih atau Beras Kilang
  • Dikisar hampir semua bran dan germa dikeluarkan
  • Nutrien hilang semasa pemprosesan
  • Warna putih dan bersih
  • Rasa sedap dan digemari
Terdapat banyak jenis beras, selain yang telah tersenarai di atas, misalnya beras basmathi, beras wangi, hidroponi dan sebagainya.

Masakan Melayu

Terdapat berbagai kaedah memasak yang sesuai bagi menyediakan hidangan masakan Melayu sama seperti kaum lain. Ia bergantung kepada jenis masakan, bahan utama yang digunakan bagi sesuatu masakan dan kepelbagaian kaedah memasak bagi sesuatu bagi sesuatu set menu.

Faktor-faktor yang harus dititikberatkan semasa proses perancangan dan penyediaan sesuatu set menu yang lengkap adalah:

  • Penggunaan bahan utama yang berlainan bagi setiap hidangan 
  • Kaedah memasak yang berlainan
  • Nama dan juga pelbagai warna yang dipilih bagi setiap hidangan yang dihasilkan.
  • Kandungan nutrien dalam bahan masakan.
Ini bertujuan untuk memberikan variasi yang berlainan dari segi rasa, warna, kandungan zat yang seimbang, tekstur dan rupa bentuk bagi setiap masakan di dalam satu set menu yang lengkap.

Pembuka Selera

Hidangan Pembuka Selera merupakan hidangan yang dihidangkan pada awal sesuatu set menu. Hidangan ini dihidangkan bertujuan untuk membangkitkan atau membuka selera pelanggan sebelum mereka menikmati hidangan yang seterusnya. Bahan utama didalam hidangan pembuka selera terdiri daripada :

  • Sayur-sayuran
  • Buah-buahan
  • Ayam dan daging
  • Karangan laut
  • Gabungan bahan-bahan diatas
Kesimpulannya, pemilihan warna yang sesuai dan kontras, cara menghidang hiasan yang menarik merupakan faktor utama di dalam penyediaan hidangan pembuka selera. Perkara penting yang harus diberi perhatian didalam menyediakan hidangan pembuka selera ialah:

  • Visual - Pelanggan akan menikmati hidangan mereka melalui pandangan terlebih dahulu. Maka dengan itu, cara dan teknik menghias makanan di dalam pinggan harus diutamakan.
  • Rasa/bau - Hidangan pembuka selera haruslah mempunyai rasa yang dapat merangsang atau membangkitkan selera pelanggan. Rasa hidangan yang masam atau tajam dapat membantu menaikkan selera pelanggan. 
  • Bahan yang segar - Penggunaan bahan yang berkualiti dan segar dapat membantu di dalam pemyediaan hidangan pembuka selera yang baik. 
  • Kuantiti yang bersesuaian - hidangan pembuka selera tidak harus disajikan di dalam kuantiti yang berlebihan kerana ini akan membantutkan selera pelanggan bagi menikmati hidangan seterusnya. 
  • Hidangan panas harus dihidang di dalam keadaan panas dan hidangan sejuk harus dihidang dalam keadaab sejuk bagi mengekalkan rasa dan tekstur hidangan tersebut.
Terdapat tiga bahagian penting yang perlu ada di dalam sesuatu hidangan pembuka selera bagi menjamin penghasilan hidangan pembuka selera yang baik dan berkualiti. 

  • Bahan utama - Pemilihan bahan utama yang tepat dan sesuai akan memberikan gambaran tentang hidangan yang seterusnya. 
  • Sos - Sos amat penting di dalam sesuatu hidangan pembuka selera. Disamping memberikan warna yang menarik, sos juga dapat menambahkan atau memberikan rasa yang berlainan kepada hidangan tersebut. 
  • Hiasan - Setiap hidangan yang dihasilkan harus disusun dengan kemas dan menarik di dalam pinggan untuk memberikan gambaran yang terbaik kepada pelanggan tentang hidangan tersebut. Hiasan yang diguna tidak seharusnya melebihi atau menutup bahan utama di dalam sesuatu hidangan. Pastikan juga bahan hiasan tersebut sesuai digunakan untuk hidangan tersebut.
Kebiasannya, hidangan pembuka selera tidak memerlukan kaedah memasak yang rumit dan lama. Ini bertujuan untuk mengekalkan rasa dan kesegaran bahan yang digunakan. Berikut merupakan kaedah memasak yang sesuai dan biasa digunakan di dalam proses penyediaan hidangan pembuka selera. 

  • Mencelur (Blanching) - Proses memasak dimana bahan masakan akan dimasukkan ke dalam air yang mendidih dalam masa yang singkat. (30 saat hingga 1 minit bergantung kepada saiz dan jenis bahan utama. Selepas dicelur, bahan tersebut hendaklah direndam ke dalam air yang sejuk untuk menghentikan proses memasak ke atas bahan tersebut bagi mengekalkan warna dan kesegarannya. Kaedah memasak ini amat sesuai kepada hidangan pembuka selera yang menggunakan sayuran sebagai bahan utama. Contoh hidangan pembuka selera yang menggunakan kaedah ini adalah Pecal dan Gado-gado.
  • Membakar - Berbagai kaedah dan peralatan boleh digunakan dalam kaedah memasak ini seperti menggunakan peralatan moden contohnya ketuhar gelombang mikro atau peralatan tradisional seperti dapur arang. Contoh hidangan yang menggunakan kaedah ini adalah Sate dan Tauhu Bakar. 
  • Menggoreng - Terdapat tiga cara menggoreng dengan minyak yang banyak, memggoreng dengan menggunakan minyak yang sedikit atau tanpa minyak. Ketiga-tiga kaedah ini boleh digunakan bergantung kepada jumlah dan jenis bahan yang digunakan. Contoh hidangan pembuka selera yang menggunakan kaedah ini adalah Cucur udang dan Popia goreng. 
Terdapat berbagai lagi kaedah memasak yang boleh digunakan tetapi kaedah memasak itu mestilah bersesuaian dengan bahan utama yang digunakan bagi mengekalkan rasa dan kesegaran bahan tersebut. 

Butter Cream Recipe

Butter Cream 
500 gram        Creamwell
100 gram        Unsalted Butter
300 gram        Gula Pasir
100 ml             Air
1 sudu besar  Perasa Lemon

Kaedah:

  1. Masak air gula dan sejukkan dahulu.
  2. Pukul Creamwell hingga kembang, masukkan butter dan pukul rata.
  3. Masukkan air gula yang telah sejuk dan perasa lemon.
  4. Adunan ini akan mengembang sehingga dua kali ganda.

Khamis, 7 Disember 2017

Cup Cake

Cup Cake
375 gram        - Butter
504 gram        - Gula Kastor
6 biji                - Telur
1 sudu teh      - Garam
1 sudu besar  - Esen Vanila
607.5 gram     - Soft Flour
4 1/2 sudu teh- Baking Powder
375 ml             - Susu Segar

Kaedah:

  1. Pukul mentega dan gula hingga kembang. Masukkan telur satu per satu.
  2. Masukkan garam dan esen vanilla. Masukkan tepung yang di ayak bersama baking powder.
  3. Tuang susu dan kacau rata.
  4. Tuangkan ke dalam cawan kek sehingga memenuhi cawan. 
  5. Bakar pada suhu 160 celcius selama 25 minit.