Ahad, 6 Disember 2020

JALAPENO CUMIN LIME CREMA


Crema
ialah bahasa Sepanyol yang bermaksud krim. Sour cream sering dimakan bersama taco, burrito, quesadillas, enchilada dan apa sahaja makanan yang boleh dicicah. Sour cream rasanya tajam, berlemak dan agak masam sedikit.

Jalapeno Cumin Lime Crema

Bahan-bahannya:

Limau Nipis - 100 ml

Jalapeno - 10 gram

Daun Ketumbar - 10 gram

Sour cream - 250 gram

Jintan Manis - 5 gram

Serbuk Lada Hitam - 2 gram

Langkah-langkahnya:

  1. Jalapeno di buang biji dan di cincang kasar.
  2. Daun ketumbar di cincang.
  3. Jintan manis di sangai sehingga naik bau. Gunakan batu lesung hancurkan jintan manis sehingga menjadi serbuk.
  4. Kisar jus limau nipis, jalapeno dan daun ketumbar sehingga rata.
  5. Gaul rata dengan sour cream, serbuk jintan manis dan serbuk lada hitam.