Kita menghadapi dua masalah sanitasi utama semasa mengendalikan dan menyediakan makanan.Yang pertama adalah pencemaran silang (cross-contamination) adalah pemindahan bakteria ke makanan dari makanan lain, dari peralatan atau permukaan kerja.
Masalah kedua ialah, sementara kita sedang memasak, makanan biasanya di suhu antara 40 ° F hingga 140 ° F, atau Zon Bahaya Makanan. Kelewatan fasa pertumbuhan bakteria membantu sedikit, tetapi untuk selamat kita mesti menjaga makanan di luar zon bahaya (danger zone) bila-bila masa sahaja.
- Mulakan dengan mendapatkan makanan yang bersih dari pembekal ternama. Sekiranya berkenaan, beli daging yang diperiksa oleh pihak kerajaan (goverment-inspected meats) , ternakan ayam yang diperiksa, produk ikan, tenusu, dan telur.
- Kendalikan makanan dengan pergerakan yang sedikit. Gunakan penyepit, spatula, atau lain-lain peralatan memasak dan bukannya dengan menggunakan tangan.
- Gunakan peralatan yang bersih dan bersihkan/sanitasi meja kerja.
- Bersihkan/sanitasi permukaan pemotongan (chopping board) dan pisau selepas mengendalikan bahan mentah seperti ayam, daging, ikan, atau telur dan sebelum memproses makanan lain.
- Bersihkan tempat kerja sebelum buat kerja lain (Clean as you go). Jangan tunggu sehingga akhir hari bekerja.
- Basuh buah-buahan dan sayur-sayuran mentah secara seluruh/semua permukaan.
- Semasa mengeluarkan makanan dari peti sejuk (chiller), jangan bawa keluar banyak sangat makanan ketika memproses bahan mentah ini. Organize masa untuk proses bahan kerana makanan dari peti sejuk mudah rosak jika dibiarkan terlalu lama di suhu bilik.
- Pastikan makanan sentiasa ditutup kecuali untuk penggunaan segera.
- Jangan biarkan makanan mudah rosak kekal dalam bahaya suhu zon bahaya (danger zon) lebih dari 1 jam.
- Rebus sisa kuah, sos, sup, dan sayur-sayuran sebelum dihidangkan.
- Jangan campurkan sisa makanan lama (leftovers food) dengan makanan yang siap.
- Sejukkan semua bahan untuk protein salad dan salad kentang sebelum dicampur.
- Kastad sejuk (chill custards), (cream fillings), dan makanan berbahaya lain dengan secepat yang mungkin dengan mencurahkannya ke dalam pans yang cetek, bersih, dan sejukan dengan cepat. Jangan susun pans secara bertingkat-tingkat.