Sabtu, 9 Disember 2017

Hidangan Karbohidrat - Masakan Melayu

Apabila kita berkata tentang hidangan karbohidrat dalam masakan Melayu, kita akan terus kaitkan kepada aneka jenis hidangan nasi. Nasi merupakan makanan asasi rakyat Malaysia yang membekalkan sumber karbohidrat yang terbesar dalam sajian harian. Selain dari nasi, sumber karbohidrat seperti pulut dan ubi kayu juga digunakan dalam masakan Melayu.  Di samping dapat membekalkan tenaga kepada tubuh badan, hidangan karbohidrat juga menjadi pelengkap kepada keseimbangan dalam sesuatu menu yang dirancang.

Beras

Beras merupakan bahan makanan utama bagi orang Asia. Ia boleh direbus untuk dijadikan nasi atau bubur dan dimakan bersama lauk seperti daging, ikan, karangan laut dan sayur-sayuran. Beras boleh dikisar untuk dijadikan tepung beras. Tepung beras digunakan untuk membuat kuih muih, mihun, laksa, kueh tiaw, bahan penyadur, dan pemekat untuk sesuatu masakan.

Jenis Beras

Beras separa rebus

  • Direndam 24 jam, nutrien (vitamin B, kalsium, ferum dan gluten) diserap oleh endosperma
  • Direbus setengah masak selama 10 minit dan dikeringkan sebelum dikisar
  • Dikenali sebagai beras keling
  • Warna kekuningan dan sangat berkhasiat
  • Terdapat bau luar biasa tetapi tahan lama untuk disimpan
Beras Kampung 
  • 40% - 50 % bran dan germa dikeluarkan - lebih berkhasiat 
  • Kehadiran gluten, vitamin B dan mineral
  • Warna keperangan dan berbau tidak enak
  • Ada sedikit lemak menjadi cepat hapak dan mudah berkutu
Beras Pulut 
  • Mempunyai kandungan kanji yang tinggi berbanding beras biasa
  • Diproses sama seperti beras biasa
  • Selain putih, terdapat juga beras pulut berwarna hitam
  • Boleh diproses menjadi tepung 
  • Beras pulut dan tepung pulut boleh dijadikan bahan untuk membuat kuih manis dan savouri
Beras Putih atau Beras Kilang
  • Dikisar hampir semua bran dan germa dikeluarkan
  • Nutrien hilang semasa pemprosesan
  • Warna putih dan bersih
  • Rasa sedap dan digemari
Terdapat banyak jenis beras, selain yang telah tersenarai di atas, misalnya beras basmathi, beras wangi, hidroponi dan sebagainya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan