Sabtu, 16 Disember 2017

Kesari

Kesari
Tepung Suji      - 1/2 cawan
Susu Segar        - 1/2 cawan
Gajus.                 - 50 gram
Pewarna kuning
Air                      - 2 1/2 cawan
Minyak Sapi.    - Secukup rasa
Kismis.              - 50 gram
Gula.                  - 50 gram

Kaedah :

  1. Tumiskan kismis dan gajus dengan minyak sapi.
  2. Tuangkan susu dan air. Biarkan mendidih. 
  3. Masukkan gula dan sedikit garam dan pewarna.
  4. Masukkan tepung suji.
  5. Alihkan daripada api dan kacau hingga pekat.
  6. Masukkan di dalam bekas dan setkan hingga keras.
  7. Keluarkan daripada bekas dan hidangkan.
Bahan Asas: Tepung Suji
Kaedah Memasak: Merendidih

Sabtu, 9 Disember 2017

Hidangan Karbohidrat - Masakan Melayu

Apabila kita berkata tentang hidangan karbohidrat dalam masakan Melayu, kita akan terus kaitkan kepada aneka jenis hidangan nasi. Nasi merupakan makanan asasi rakyat Malaysia yang membekalkan sumber karbohidrat yang terbesar dalam sajian harian. Selain dari nasi, sumber karbohidrat seperti pulut dan ubi kayu juga digunakan dalam masakan Melayu.  Di samping dapat membekalkan tenaga kepada tubuh badan, hidangan karbohidrat juga menjadi pelengkap kepada keseimbangan dalam sesuatu menu yang dirancang.

Beras

Beras merupakan bahan makanan utama bagi orang Asia. Ia boleh direbus untuk dijadikan nasi atau bubur dan dimakan bersama lauk seperti daging, ikan, karangan laut dan sayur-sayuran. Beras boleh dikisar untuk dijadikan tepung beras. Tepung beras digunakan untuk membuat kuih muih, mihun, laksa, kueh tiaw, bahan penyadur, dan pemekat untuk sesuatu masakan.

Jenis Beras

Beras separa rebus

  • Direndam 24 jam, nutrien (vitamin B, kalsium, ferum dan gluten) diserap oleh endosperma
  • Direbus setengah masak selama 10 minit dan dikeringkan sebelum dikisar
  • Dikenali sebagai beras keling
  • Warna kekuningan dan sangat berkhasiat
  • Terdapat bau luar biasa tetapi tahan lama untuk disimpan
Beras Kampung 
  • 40% - 50 % bran dan germa dikeluarkan - lebih berkhasiat 
  • Kehadiran gluten, vitamin B dan mineral
  • Warna keperangan dan berbau tidak enak
  • Ada sedikit lemak menjadi cepat hapak dan mudah berkutu
Beras Pulut 
  • Mempunyai kandungan kanji yang tinggi berbanding beras biasa
  • Diproses sama seperti beras biasa
  • Selain putih, terdapat juga beras pulut berwarna hitam
  • Boleh diproses menjadi tepung 
  • Beras pulut dan tepung pulut boleh dijadikan bahan untuk membuat kuih manis dan savouri
Beras Putih atau Beras Kilang
  • Dikisar hampir semua bran dan germa dikeluarkan
  • Nutrien hilang semasa pemprosesan
  • Warna putih dan bersih
  • Rasa sedap dan digemari
Terdapat banyak jenis beras, selain yang telah tersenarai di atas, misalnya beras basmathi, beras wangi, hidroponi dan sebagainya.

Masakan Melayu

Terdapat berbagai kaedah memasak yang sesuai bagi menyediakan hidangan masakan Melayu sama seperti kaum lain. Ia bergantung kepada jenis masakan, bahan utama yang digunakan bagi sesuatu masakan dan kepelbagaian kaedah memasak bagi sesuatu bagi sesuatu set menu.

Faktor-faktor yang harus dititikberatkan semasa proses perancangan dan penyediaan sesuatu set menu yang lengkap adalah:

  • Penggunaan bahan utama yang berlainan bagi setiap hidangan 
  • Kaedah memasak yang berlainan
  • Nama dan juga pelbagai warna yang dipilih bagi setiap hidangan yang dihasilkan.
  • Kandungan nutrien dalam bahan masakan.
Ini bertujuan untuk memberikan variasi yang berlainan dari segi rasa, warna, kandungan zat yang seimbang, tekstur dan rupa bentuk bagi setiap masakan di dalam satu set menu yang lengkap.

Pembuka Selera

Hidangan Pembuka Selera merupakan hidangan yang dihidangkan pada awal sesuatu set menu. Hidangan ini dihidangkan bertujuan untuk membangkitkan atau membuka selera pelanggan sebelum mereka menikmati hidangan yang seterusnya. Bahan utama didalam hidangan pembuka selera terdiri daripada :

  • Sayur-sayuran
  • Buah-buahan
  • Ayam dan daging
  • Karangan laut
  • Gabungan bahan-bahan diatas
Kesimpulannya, pemilihan warna yang sesuai dan kontras, cara menghidang hiasan yang menarik merupakan faktor utama di dalam penyediaan hidangan pembuka selera. Perkara penting yang harus diberi perhatian didalam menyediakan hidangan pembuka selera ialah:

  • Visual - Pelanggan akan menikmati hidangan mereka melalui pandangan terlebih dahulu. Maka dengan itu, cara dan teknik menghias makanan di dalam pinggan harus diutamakan.
  • Rasa/bau - Hidangan pembuka selera haruslah mempunyai rasa yang dapat merangsang atau membangkitkan selera pelanggan. Rasa hidangan yang masam atau tajam dapat membantu menaikkan selera pelanggan. 
  • Bahan yang segar - Penggunaan bahan yang berkualiti dan segar dapat membantu di dalam pemyediaan hidangan pembuka selera yang baik. 
  • Kuantiti yang bersesuaian - hidangan pembuka selera tidak harus disajikan di dalam kuantiti yang berlebihan kerana ini akan membantutkan selera pelanggan bagi menikmati hidangan seterusnya. 
  • Hidangan panas harus dihidang di dalam keadaan panas dan hidangan sejuk harus dihidang dalam keadaab sejuk bagi mengekalkan rasa dan tekstur hidangan tersebut.
Terdapat tiga bahagian penting yang perlu ada di dalam sesuatu hidangan pembuka selera bagi menjamin penghasilan hidangan pembuka selera yang baik dan berkualiti. 

  • Bahan utama - Pemilihan bahan utama yang tepat dan sesuai akan memberikan gambaran tentang hidangan yang seterusnya. 
  • Sos - Sos amat penting di dalam sesuatu hidangan pembuka selera. Disamping memberikan warna yang menarik, sos juga dapat menambahkan atau memberikan rasa yang berlainan kepada hidangan tersebut. 
  • Hiasan - Setiap hidangan yang dihasilkan harus disusun dengan kemas dan menarik di dalam pinggan untuk memberikan gambaran yang terbaik kepada pelanggan tentang hidangan tersebut. Hiasan yang diguna tidak seharusnya melebihi atau menutup bahan utama di dalam sesuatu hidangan. Pastikan juga bahan hiasan tersebut sesuai digunakan untuk hidangan tersebut.
Kebiasannya, hidangan pembuka selera tidak memerlukan kaedah memasak yang rumit dan lama. Ini bertujuan untuk mengekalkan rasa dan kesegaran bahan yang digunakan. Berikut merupakan kaedah memasak yang sesuai dan biasa digunakan di dalam proses penyediaan hidangan pembuka selera. 

  • Mencelur (Blanching) - Proses memasak dimana bahan masakan akan dimasukkan ke dalam air yang mendidih dalam masa yang singkat. (30 saat hingga 1 minit bergantung kepada saiz dan jenis bahan utama. Selepas dicelur, bahan tersebut hendaklah direndam ke dalam air yang sejuk untuk menghentikan proses memasak ke atas bahan tersebut bagi mengekalkan warna dan kesegarannya. Kaedah memasak ini amat sesuai kepada hidangan pembuka selera yang menggunakan sayuran sebagai bahan utama. Contoh hidangan pembuka selera yang menggunakan kaedah ini adalah Pecal dan Gado-gado.
  • Membakar - Berbagai kaedah dan peralatan boleh digunakan dalam kaedah memasak ini seperti menggunakan peralatan moden contohnya ketuhar gelombang mikro atau peralatan tradisional seperti dapur arang. Contoh hidangan yang menggunakan kaedah ini adalah Sate dan Tauhu Bakar. 
  • Menggoreng - Terdapat tiga cara menggoreng dengan minyak yang banyak, memggoreng dengan menggunakan minyak yang sedikit atau tanpa minyak. Ketiga-tiga kaedah ini boleh digunakan bergantung kepada jumlah dan jenis bahan yang digunakan. Contoh hidangan pembuka selera yang menggunakan kaedah ini adalah Cucur udang dan Popia goreng. 
Terdapat berbagai lagi kaedah memasak yang boleh digunakan tetapi kaedah memasak itu mestilah bersesuaian dengan bahan utama yang digunakan bagi mengekalkan rasa dan kesegaran bahan tersebut. 

Butter Cream Recipe

Butter Cream 
500 gram        Creamwell
100 gram        Unsalted Butter
300 gram        Gula Pasir
100 ml             Air
1 sudu besar  Perasa Lemon

Kaedah:

  1. Masak air gula dan sejukkan dahulu.
  2. Pukul Creamwell hingga kembang, masukkan butter dan pukul rata.
  3. Masukkan air gula yang telah sejuk dan perasa lemon.
  4. Adunan ini akan mengembang sehingga dua kali ganda.

Khamis, 7 Disember 2017

Cup Cake

Cup Cake
375 gram        - Butter
504 gram        - Gula Kastor
6 biji                - Telur
1 sudu teh      - Garam
1 sudu besar  - Esen Vanila
607.5 gram     - Soft Flour
4 1/2 sudu teh- Baking Powder
375 ml             - Susu Segar

Kaedah:

  1. Pukul mentega dan gula hingga kembang. Masukkan telur satu per satu.
  2. Masukkan garam dan esen vanilla. Masukkan tepung yang di ayak bersama baking powder.
  3. Tuang susu dan kacau rata.
  4. Tuangkan ke dalam cawan kek sehingga memenuhi cawan. 
  5. Bakar pada suhu 160 celcius selama 25 minit. 

Rabu, 6 Disember 2017

Cucur Pisang / Bom Pisang

Cucur Pisang
500 gram   - Pisang Emas
100 gram   - Kelapa Parut
200 gram   - Gula
300 gram   - Tepung Gandum
1 liter         - Minyak Masak

Kaedah:


  1. Buangkan kulit pisang dan tumbukkan separuh lumat.
  2. Campurkan kelapa parut, gula dan tepung. Gaul rata.
  3. Rehatkan sebentar adunan.
  4. Panaskan minyak di dalam kuali.
  5. Apabila minyak cukup panas, masukkan adunan secara bulat-bulat.
  6. Goreng hingga garing dan angkat apabila masak.
  7. Toskan minyak dan hidangkan.

Bahan Asas: Buah Pisang
Kaedah Memasak: Menggoreng Minyak Banyak

Nagasari

Nagasari
80 gram    - Tepung Beras
370 ml      - Santan Pekat
3 cawan    - Air
60 gram    - Gula Pasir
Garam (Secukup Rasa)
Daun Pandan
5 biji         - Pisang Berangan
10 helai     - Daun Pisang (13x20cm )

Kaedah:


  1. Campurkan semua bahan bagi batter dan kacau di atas api perlahan kacau hingga likat.
  2. Angkat dan sejukkan.
  3. Panaskan kukus dan didihkan air.
  4. Potongkan pisang berangan kepada 2 bahagian memanjang.
  5. Letakkan batter pekat 2 sudu besar di atas daun pisang yang telah dilayur tadi.
  6. Letakkan pula pisang diatasnya dan letakkan sedikit lagi bancuhan diatasnya supaya menutupi pisang.
  7. Lipatkan daun pisang mengikut cara lepat pisang.
  8. Kukus sehingga 25 minit dan sejukkan sebelum dihidang.

Bahan Asas: Buah Pisang
Kaedah Memasak: Mengukus

Bepang

Bepang
300 gram   - Kacang Tanah (Sangai)
100 gram   - Bijan
150 gram   - Gula Pasir
50 gram     - Gula Merah
Air (sedikit)

Kaedah:


  1. Sangai kacang tanah yang telah dibuang kulit sehingga sedikit garang.
  2. Sangai juga bijan yang disediakan sehingga sedikit bertukar warna.
  3. Panaskan gula pasir sehingga menjadi sedikit karamel.
  4. Masukkan kacang tanah dan juga bijian yang telah disangai tadi.
  5. Masukkan juga sedikit gula merah dan gaul rata.
  6. Masukkan bahan campuran ke dalam loyang petak yang telah di kertas minyak.
  7. Sediakan bepang tadi. Biarkan suam seketika dan potong secara memanjang.
  8. Hidangkan.
Bahan Asas: Kacang Tanah
Kaedah Memasak: Merenih


Penganan Kacau Labu

600 gram   - Labu
5 biji          - Telur
300 gram   - Gula Pasir
4 helai       - Daun Pandan ( Jadikan jus pandan )
500 ml       - Santan
200 gram   - Tepung Pulut
Pewarna Kuning
Garam

Kaedah:

  1. Kopek kulit labu dan rebuskan hingga empuk. Lecekkan.
  2. Buat serikaya dengan campuran gula, telur dan air daun pandan dan masukkan santan.
  3. Campurkan labu dan juga sekaya.
  4. Campurkan pula tepung pulut dan gaul rata.
  5. Masukkan semua bahan campuran tadi ke dalam kuali dan campur sedikit pewarna.
  6. Kacau hingga pekat dan betul-betul masak.
  7. Masukkan ke dalam loyang dan sejukkan,
  8. Potong dan hidangkan.

Bahan Asas: Labu
Teknik memasak: Mengukus

Selasa, 5 Disember 2017

Sukun Goreng

Sukun Goreng
1 kg            - Buah sukun
150 gram  - Tepung Beras
50 gram    - Tepung Gandum
250 gram  - Air
1 liter        - Minyak Masak
Sedikit garam
Pewarna kuning

Kaedah:

  1. Bancuhkan 'batter' dengan mencampurkan tepung beras, tepung gandum, dan garam.
  2. Masukkan air dan letakkan sedikit pewarna kuning.
  3. Rehatkan 'batter'.
  4. Buangkan kulit sukun dan potong seakan-akan separuh bentuk bulan bagi setiap keping sukun.
  5. Panaskan minyak.
  6. Sadurkan sukun tadi dengan batter yang telah dibancuh.
  7. Goreng sehingga keemasan.
  8. Angkat dan toskan sukun goreng.
  9. Hidangkan bersama sambal ikan bilis ataupun gula.
Bahan Asas: Buah Sukun
Kaedah Memasak: Menggoreng dengan Minyak Banyak 


Lepat Pisang

Lepat Pisang
10 biji - Pisang Emas
100gm- Gula Pasir
60 gm - Tepung Gandum
100gm- Kelapa Parut

Kaedah:

  1. Sediakan pengukus dan didihkan air.
  2. Lapkan daun pisang dan layurkannya.
  3. Buang kulit pisang dan tumbuk pisang sehingga separuh lumat.
  4. Masukkan tepung gandum dan gula.
  5. Gaulkan rata.
  6. Gaulkan kelapa dan sedikit garam.
  7. Letakkan dua sudu besar bancuhan pisang tadi diatas daun pisang dan letakkan kelapa parut diatasnya.
  8. Lipatkan daun pisang, buatkan sehingga habis. Kukuskan selama 20 minit. Hidangkan.
Bahan Asas: Buah Pisang
Kaedah Memasak: Mengukus

Petua dan Tips Masakan

Menggoreng Tauhu
Tauhu akan melekat jika digoreng. Taburkan garam halus pada permukaan atas dan bawah tauhu sebelum digoreng. Hasilnya, tauhu tidak melekat lagi.

Cucur kodok
Kalau anda inginkan cucur kodok anda lembut setelah dimasak, bancuhlah dengan air suam. Kemudian goreng seperti biasa. Cucur pasti lembut walaupun setelah sejuk.

Membersih kerang
Mencuci kerang memang susah. Untuk itu, masukkan hampas kelapa bersama kerang didalam besen dan gaul bersama sedikit air. Setelah beberapa ketika, kerang akan bersih memutih.

Kesegaran Sayur
Sayuran kalau disimpan didalam peti ais beberapa hari, kesegarannya akan hilang. Untuk mengembalikan kesegarannya, rendam sayur tadi didalam air yang dicampur cuka selama beberapa minit. Selain mengembalikan kesegaran, cuka juga akan menghilangkan kotoran pada sayur.

Peria
Peria memang pahit. Untuk menghilangkan pahitnya, potong peria dan rendam didalam air berisi garam. Setelah lebih kurang 25 minit, sejat dan masaklah peria tadi mengikut resepi anda.

Ayam Tidak Hanyir Lagi
Mereka yang gemar makan ayam, pasti tahu cara menghilangkan hanyir. Ayam dipotong dan dibersihkan, diperap beberapa minit dengan garam, asam jawa dan sedikit tepung gandum. Kemudian cuci bersih. Bubuh garam dan kunyit seperti biasa atau ramuan mengikut selera.

Cerita Badminton Saya l My Badminton story

Pada tahun 2011, saya mula bermain futsal. Tujuan bermain futsal adalah berminat dengan bola sepak dan pada masa yang sama untuk menjadi sihat dan cergas. Selalunya saya dan rakan akan berlatih bermain futsal di Gelanggang futsal Greenwood pada setiap 10.00 pagi. Setiap hari jumaat pada 10.00 malam, semua rakan-rakan saya akan berkumpul di Gelanggang futsal di Setapak untuk bermain futsal. Pada musim hujan, saya dan rakan-rakan tidak dapat berlatih futsal disebabkan hujan di sebelah pagi. Setelah berbincang di kedai mamak, semua rakan-rakan berpakat bermain badminton sebagai ganti kepada futsal. Memandangkan satu persatu rakan masuk hospital disebabkan mengalami kecederaan ACL, kecederaan lutut yang parah akibat bermain futsal. Kecederaan ini disebabkan rakan tidak biasa dengan bermain futsal, berlatih, dan bermain dengan teknik yang betul. Lagipun, umur rakan semua sudah hampir mencecah 30 an. Mahu bermain seperti pemain profesional tetapi kita sebenarnya amatur. Jika hendak bermain futsal atau bola sepak, pemain perlu melakukan regangan dan memanaskan badan sebelum bermain untuk mengelakkan kecederaan.

Pada tahun 2012, saya bermula bermain badminton di JJB Badminton Court, Setapak tetapi sekarang ia dikenali sebagai SLK Badminton Court, Setapak kerana ia telah diambil alih oleh pemilik yang baru. Pada mulanya, saya hanya bermain untuk jadi sihat dan cergas. Saya mendapati bermain badminton ini agak mengasyikkan. Pagi main, bila saya day off main, dan kadang-kadang selepas habis kerja pun bermain badminton lagi.

Sehingga kini saya masih bermain Badminton jika ada kelapangan. 
Akhirnya saya dapat pingat juga...
Nama saya Shahrul Ridzuan Bin Khairudin. Saya adalah pemenang keempat, kategori perseorangan lelaki dalam pertandingan badminton anjuran "Starwood" 2015 yang berlangsung pada 13 jun 2015 di gelanggang badminton "Sport Ampang Planet".