Ahad, 29 April 2018

Capati

Bahan-Bahan:

2 cawan tepung capati
4 sudu makan mentega
1 sudu makan minyak sapi
5 cawan air
1 sudu teh garam

Kaedah:

1. Gaulkan tepung capati dengan mentega, minyak sapi dan garam.
2. Tuangkan air dan uli sehingga lembut. Kemudian tutup dan biarkan
selama 30 minit.
3. Bahagikan adunan itu kepada 8 bahagian.
4. Panaskan kuali leper dengan api sederhana kecil.
5. Canai tiap-tiap satu sehingga nipis.
6. Letakkan di atas kuali. Apabila keluar gelembung kecil, balikkan
sehingga capati berwarna kuning pucat.
7. Hidang panas-panas dengan kuah dal ataupun sambal tumis.


Khamis, 26 April 2018

Cucur Ikan Bilis

Bahan-bahan:

150 gm ikan bilis - rendam
250 gm tepung gandum
1 labu bawang besar - hiris nipis
5 tangkai daun kucai - potong kasar
100 gm tauge
1 cawan air
Sedikit garam
Minyak masak untuk menggoreng

Kaedah:

1. Masukkan ikan bilis, bawang, daun kucai, tauge ke dalam tepung. Kemudian tambahkan garam dan air secukupnya. Gaul sehingga sebati.
2. Panaskan minyak, jemputkan adunan di dalam kuali. Goreng sehingga kekuning-kuningan atau sehingga masak.
3. Jemput-jemput ikan bilis enak di cicah dengan kuah kacang ataupun sos.

Lepat Pisang

Bahan-bahan:

1 ikat                    - pisang emas
1 1/2 cawan        - tepung gandum
1/2 cawan            - tepung ubi
200 gram             - kelapa parut- ambil putih
1/2 cawan            - gula
Secubit Garam
Daun Pisang        - Dipotong empat segi dan dilayur

Kaedah:

l. Lenyekkan pisang, kemudian masukkan tepung dan gula, gaul sehingga sebati.
2. Bentangkan daun pisang dan letakkan sedikit adunan pisang. Ratakan sedikit dan isikan inti kelapa parut yang telah digaul dengan sedikit garam, kemudian gulung.
3. Kukus selama 20 minit. Boleh dihidangkan.

Rabu, 25 April 2018

Salad Telur

Bahan-bahan:

4 biji               - telur rebus
1 biji               - ubi kentang - rebus dan lenyek
2 sudu besar - krim masam
1 sudu kecil   - serbuk lada
6 tangkai        - salad romaine lettuce
10 biji              - tomato ceri

Kaedah:
1. Belah dua telur rebus. Asingkan kuning telur. Ketepikan.
2. Gaulkan kuning telur dengan ubi kentang serta krim masam. Taburkan serbuk lada.
3. Susun salad di dalam pinggan, letakkan telur putih.
4. Kemudian sudukan campuran kuning telur ke atas telur putih.
5. Hias dan hidangkan mengikut kreativiti anda.

Jumaat, 20 April 2018

Daging Masak Lada Hitam

Bahan-bahan:

1 kg daging -  dipotong nipis
1 batang lobak merah - potong dadu
1 batang seleri- dihiris nipis
Secubit garam
1/2 cawan kicap pekat
1 sudu besar lada hitam - ditumbuk
1 biji tomato
2 labu bawang besar - dikisar
2 ulas bawang putih - dikisar
1 cm halia - dikisar
Minyak masak
1 batang daun bawang

Kaedah:

1. Potong daging nipis-nipis, basuh dan tuskan.
2. Panaskan minyak, tumis bahan kisar
hingga wangi.
3. Masukkan daging, lada hitam dan kicap
pekat biarkan mendidih.
4. Apabila mendidih masukkan lobak
merah, batang celeri hingga pekat.
5. Akhir sekali sesuaikan rasa masukkan
lobak merah.
6. Angkat dan hias dengan hirisan daun
bawang.

Asam Pedas Lada Hitam

Bahan-bahan:

500 gm              - Ikan duri
1 labu                - Bawang besar
1 cm                   - Halia
2 ulas                 - Bawang putih
1 cm                   - Kunyit hidup
1 sudu besar    - Lada hitam
15 tangkai         - Cili kering yang di rendam bersama air panas
1/2 sudu besar  - Air asam jawa
5 sudu besar     - Minyak
10 biji                 - Kacang Bendi

Kaedah:

1. Kisar semua bahan hingga lumat kecuali air asam jawa.
2. Tumis bahan kisar hingga wangi, masukkan air asam jawa, garam, sedikit gula dan ikan biarkan mendidih.
3. Apabila mendidih masukkan kacang bendi. Sesuaikan rasa. Angkat dan hidangkan.

Isnin, 16 April 2018

Tai Tai Glutinous Rice

Beras Pulut           - 300 gm
Santan pekat        - 120 gm
Air
Garam
Daun pandan       - 2 helai
Pewarna biru       - 1/8 sudu kecil

Sekaya:
Telur                      - 5 biji
Santan pekat        - 300 ml
Gula Pasir             - 250 gm
Jus daun pandan - 200 ml
Air                         
Tepung gandum  - 50 gm

Kaedah:

1. Masakkan pulut bersama dengan air hingga masak bersama dengan sedikit garam.
2. Apabila pulut masak, alihkan dari periuk dan uli sebati pulut dengan santan yang telah dipanaskan.
3. Ambil sedikit pulut yang telah diuli tadi dan warnakan dengan pewarna biru dan campurkan semula pulut biru tadi dengan pulut putih dan gaulkan sebati.
4. Buatkan sekaya, campurkan gula, telur dan kacau sebati masukkan santan dan jus pandan serta tepung gandum.
5. Masakkan sekaya di atas api hingga pekat.
6. Canai pulut dan potong petak 4" x 2". Hidangkan bersama sekaya yang panas.
7. Sedap juga dihidang sejuk.

Jumaat, 13 April 2018

Ikan Patin Salai Lemak Pucuk Paku

Bahan-bahan:

4 ekor         - ikan patin salai
35 tangkai  -cili padi
2 cm             -kunyit hidup
1 biji             -santan kelapa
1 ikat            -pucuk paku
2 keping       -asam gelugur
Garam          -secukup rasa

Kaedah:

1. Basuh ikan salai dan tuskan.
2. Basuh pucuk paku dan tuskan sampai kering.
3. Tumbuk cili padi dan kunyit hidup hingga lumat.
4. Masukkan bahan tumbuk asam gelugur dan garam serta santan bersama ikan
5. Masak dengan api sederhana hingga mendidih. Hidangkan.

Selasa, 10 April 2018

Ikan Talapia Bakar

Bahan-bahan:

1 ekor           - ikan talapia
35 tangkai    - cili padi
2 cm              - kunyit hidup
Garam          - secukup rasa
1 sudu kecil - gula
200 gm          - pes tompayak
3 helai           - daun kunyit
Garam           - secukup rasa
Daun pisang - secukupnya

Kaedah:

1. Basuh ikan dan tuskan.
2. Basuh dan tuskan daun kunyit sampai kering.
3. Tumbuk cili padi dan kunyit hidup hingga lumat. Masukkan garam serta gaul sebati.
4. Setelah itu, masukkan bahan tumbuk bersama tempoyak dan gaul rata. Lumurkan ke atas ikan sehingga rata.
5. Balut dengan daun kunyit kemudian balut dengan daun pisang.
6. Bakar dengan api sederhana sampai masak.
7. Hidangkan.

Yong Chow Fried Rice

Bahan- bahan

Masak nasi dahulu sebelum goreng nasi.

BERAS - 300 gm
AIR - 340 ml
MINYAK MASAK - 1 Sudu besar

BAHAN TUMIS

BAWANG PUTIH - 2 Ulas (cincang)

BAHAN PERISA

SOS TIRAM - 3 Sudu besar
MINYAK BIJAN - 1 Sudu kecil
UDANG - 50 gm (buang kulit)
TELUR - 2 biji
MIXED VEGETABLES - 50 gram
LADA PUTIH - Secukup rasa
GARAM - Secukup rasa

GARNISHING

DAUN BAWANG - 3 gm (slice)
BAWANG GORENG 5 gm

Kaedah

1 Tumis bawang putih hingga naik bau. Masukkan telur dan kacau.
2 Masukkan udang biar masak. Masukkan sos tiram. Biar sebentar
3 Masukkan nasi dan kacau bersama mixed vege. Perisakan.

Jumaat, 9 Mac 2018

Pearl Balls

Beras Pulut              - 300 gram
Air
Garam
Daun Pandan.         - 2 helai
Telur.                        - 1 biji (Rebuskan)
Seaweed.                  - 30 gram (Cincang halus)
Inti:
Daging Lembu/Ayam - 200 gm
Bawang Besar              - 1 biji
Cendawan Shitake      - 150 gm
Chestnuts                      - 50 gm
Halia                              - 2 inci
Gula                               - 1/2 sudu kecil
Kicap Soya                    - 1 sudu besar
Minyak Masak             - 100 ml
Lada Sulah                   - 1/4 sudu kecil

Kaedah:

1. Masakkan pulut bersama dengan air hingga masak dengan sedikit garam.
2. Apabila pulut masak, alihkan dari periuk, uli sebati dan padatkan serta bentukkan seperti bebola.
3. Masakkan inti, panaskan minyak, tumiskan bawang dan halia hingga naik bau.
4. Masukkan daging, bahan lain, masak hingga daging empuk dan perasakan.
5. Sejukkan sebentar inti tersebut.
6. Ambil semula bebola pulut tadi lalu leperkan sedikit. Masukkan inti ke dalam bebola dan bentukkan semula.
7. Sesudah bulatkan semua pulut. Taburkan telur kuning yang telah dihancurkan dan juga seaweed.

Sabtu, 27 Januari 2018

Durian & Glutinous Rice Kueh

Durian & Glutinous Rice Kueh
Beras Pulut            - 300 gram
Santan Pekat          - 120 ml (Panaskan)
Air                          - (Secukupnya)
Garam                   
Daun Pandan

Sekaya:
Isi Durian               - 10 ulas
Gula Melaka          - 80 gram
Pati Santan             - 150 ml
Gula Pasir              - 70 gram
Garam
Tepung Gandum    - 80 gram

Kaedah:

1. Masakkan pulut bersama dengan air hingga masak bersama dengan sedikit garam.
2. Apabila pulut masak, alihkan dari periuk dan uli sebati pulut dengan santan yang telah dipanaskan.
3. Buangkan biji durian, ambil isi durian dan gaulkan dengan santan, gula melaka, gula pasir dan tepung gandum. Jadikan ianya batter pekat.
4. Padatkan pulut yang telah masak tadi ke dalam loyang bulat atau petak. Hanya separuh loyang.
5. Kukuskan dalam masa 5 minit. Tuangkan batter pekat tadi ke dalam loyang yang berisi pulut tadi.
6. Kukus selama 15-20 minit sehingga batter mengeras.
7. Sejukkan kuih yang masak. Potong dan hidangkan.

Bahan Asas: Keladi
Kaedah Memasak: Mengukus

 

Sabtu, 20 Januari 2018

Tepung Gomak

Tepung Gomak
Tepung Pulut           - 300 gram (direndam semalaman)
Air                           - 220 ml (diperasakan dengan garam)
Tepung Gandum      - 50 gram

Inti:

Kacang Hijau          - 350 gram
Kelapa Parut           - 200 gram
Air                           - (untuk merebus)
Gula                        - 200 gram
Tepung Gandum     - 50 gram

Sadur:
Kacang Hijau          - 150 gram (di sangai dan dikisar halus)

Kaedah:

1. Campurkan tepung pulut dan tepung gandum dan ayakkan. Campurkan dengan air dan jadikan doh lembut.
2. Bentukkan doh kepada bulat-bulat sederhana.
3. Rebus kacang hijau hingga kembang. Masukkan gula dan kelapa parut dan perasakan dengan sedikit garam.
4. Kacau sehinga sebati dan pekat. Campurkan dengan sedikit tepung gandum. Sejukkan.
5. Masukkan inti ke dalam doh-doh kecil tadi dan bulatkan semula.
6. Rebuskan doh yang berinti di dalam air yang mendidih.\
7. Angkatkan doh apabila doh timbul di permukaan air.
8. Toskan doh yang telah diangkat. Sejukkan sebentar.
9. Golekkan doh tadi ke dalam serbuk kacang hijau yang telah di kisar. Leperkan dan hidangkan.


Bahan Asas: Tepung Pulut
Kaedah Memasak: Merebus