Sabtu, 27 Januari 2018

Durian & Glutinous Rice Kueh

Durian & Glutinous Rice Kueh
Beras Pulut            - 300 gram
Santan Pekat          - 120 ml (Panaskan)
Air                          - (Secukupnya)
Garam                   
Daun Pandan

Sekaya:
Isi Durian               - 10 ulas
Gula Melaka          - 80 gram
Pati Santan             - 150 ml
Gula Pasir              - 70 gram
Garam
Tepung Gandum    - 80 gram

Kaedah:

1. Masakkan pulut bersama dengan air hingga masak bersama dengan sedikit garam.
2. Apabila pulut masak, alihkan dari periuk dan uli sebati pulut dengan santan yang telah dipanaskan.
3. Buangkan biji durian, ambil isi durian dan gaulkan dengan santan, gula melaka, gula pasir dan tepung gandum. Jadikan ianya batter pekat.
4. Padatkan pulut yang telah masak tadi ke dalam loyang bulat atau petak. Hanya separuh loyang.
5. Kukuskan dalam masa 5 minit. Tuangkan batter pekat tadi ke dalam loyang yang berisi pulut tadi.
6. Kukus selama 15-20 minit sehingga batter mengeras.
7. Sejukkan kuih yang masak. Potong dan hidangkan.

Bahan Asas: Keladi
Kaedah Memasak: Mengukus

 

Sabtu, 20 Januari 2018

Tepung Gomak

Tepung Gomak
Tepung Pulut           - 300 gram (direndam semalaman)
Air                           - 220 ml (diperasakan dengan garam)
Tepung Gandum      - 50 gram

Inti:

Kacang Hijau          - 350 gram
Kelapa Parut           - 200 gram
Air                           - (untuk merebus)
Gula                        - 200 gram
Tepung Gandum     - 50 gram

Sadur:
Kacang Hijau          - 150 gram (di sangai dan dikisar halus)

Kaedah:

1. Campurkan tepung pulut dan tepung gandum dan ayakkan. Campurkan dengan air dan jadikan doh lembut.
2. Bentukkan doh kepada bulat-bulat sederhana.
3. Rebus kacang hijau hingga kembang. Masukkan gula dan kelapa parut dan perasakan dengan sedikit garam.
4. Kacau sehinga sebati dan pekat. Campurkan dengan sedikit tepung gandum. Sejukkan.
5. Masukkan inti ke dalam doh-doh kecil tadi dan bulatkan semula.
6. Rebuskan doh yang berinti di dalam air yang mendidih.\
7. Angkatkan doh apabila doh timbul di permukaan air.
8. Toskan doh yang telah diangkat. Sejukkan sebentar.
9. Golekkan doh tadi ke dalam serbuk kacang hijau yang telah di kisar. Leperkan dan hidangkan.


Bahan Asas: Tepung Pulut
Kaedah Memasak: Merebus

Ahad, 14 Januari 2018

Kuih Kertas

Kuih Kertas
Tepung Pulut        - 200 gram
Kelapa Parut         - 250 gram
Garam                   - Secukup rasa
Air

Gula Pasir             -300 gm (untuk sira)
Minyak                 - 1 kg (untuk menggoreng)

Kaedah:

1. Campurkan kelapa parut dan juga tepung pulut dan sedikit garam dan jadikan doh lembik.
2. Panaskan minyak di dalam kuali.
3. Bentukkan doh kepada lonjong-lonjong kecil dan masukkan ke dalam minyak yang panas.
4. Gorang sehingga keemasan. Angkat dan toskan.
5. Untuk sira, panaskan gula diatas kuali dan letakkan sedikit air sahaja.
6. Apabila gelembung-gelembung gula telah timbul masukkan kuih yang telah digoreng tadi ke dalam kuali.
7. Teruskan mengacau kuih dan gula tadi sehingga gula betul-betul pekat.
8. Apabila gula pekat. Tutupkan api dan teruskan lagi kacau kuih tadi  sehingga gula mengeras dan menjadi putih.
9. Hidangkan.

Kuih Koci

Kuih Koci
Tepung Pulut      - 200 gram
Air                      - 220 gram (Perasakan dengan garam)
Tepung Gandum- 50 gram
Beras Pulut Hitam- 100 gram (Dikisar halus)

Inti:
Kelapa Parut        - 400 gram
Gula Pasir            - 100 gram (Buat air gula)
Gula Melaka        - 150 gram
Tepung Gandum  - 30 gram

Dadih:
Santan Pekat        - 250 ml
Air                        - 200 ml
Daun Pisang

Kaedah:

1. Layurkan sedikit daun pisang dan bentukkan bulat. Anggaran 15 cm.\
2. Doh. Campurkan tepung pulut dengan beras pulut hitam yang telah dikisar campurkan air dan jadikan doh.
3. Rehatkan doh.
4. Buatkan inti, letakkan gula merah dan gula pasir dan sedikit air dan jadikan air gula pekat.
5. Masukkan kelapa parut dan gaul sebati. Sejukkan.
6. Masak dadih. Panaskan santan dan air sehingga sedikit pekat dan berminyak.\
7. Bentukkan doh tadi. Bentuk bulat sederhana dan masukkan inti di dalamnya.
8. Letakkan sedikit dadih di atas daun pisang tadi dan letakkan doh. Bungkus mengikut cara kuih koci.
9. Kukus sehingga masak dan hidangkan.

Bahan Asas: Tepung Pulut
Kaedah Memasak: Mengukus

Pulut Serunding

Pulut Serunding
Beras Pulut      - 300 gram (direndam semalaman)
Santan Cair      - 300 ml

Serunding:
Kelapa Parut   - 400 gram
Minyak           - 10 ml
Cili Giling      - 80 gram
Udang Kering- 80 gram (Bahan kisar)
Bawang Besar- 1 biji (Bahan kisar)
Bawang Putih- 2 ulas (Bahan kisar)
Halia              - 1 inci (Bahan kisar)
Jintan Manis  - 10 gram
Jintan Putih    - 10 gram
Serai               - 1 batang (Bahan kisar)

Kaedah:
1. Rendam beras pulut semalaman. Bilas sehingga bersih dan toskan.
2. Tanak pulut dan perasakan dengan sedikit garam. Sejukkan.
3. Untuk inti, panaskan mintak, tumis jintan, masukkan bahan kisar dan tumis hingga wangi.
4. Masukkan kelapa parut dan gaul sebati hingga masak dan perasakan.
5. Sejukkan inti.
6. Ambil sedikit pulut dan bentukkan segi tiga dan golekkan di dalam serunding.
7. Hidangkan.

Bahan Asas: Beras Pulut
Kaedah Memasak: Merebus

Pulut Panggang

Pulut Panggang
Beras pulut        - 300 gram (direndam semalaman)
Santan cair        - 300 ml

Serunding:
Kelapa Parut     - 400 gram
Minyak             - 10 ml (Untuk menumis)
Cili Giling        - 80 gram
Udang Kering  - 80 gram (Bahan kisar)
Bawang Besar  - 1 biji (Bahan kisar)
Bawang Putih   - 2 ulas (Bahan kisar)
Halia                 - 1 inci (Bahan kisar)
Jintan Manis     - 10 gram
Jintan Putih      - 10 gram
Serai                 - 1 batang (Bahan kisar)
Daun Pisang (Layurkan sedikit)

Kaedah:

1. Rendam beras pulut semalaman. Bilas hingga bersih dan toskan.
2. Tanak pulut dan perasakan dengan sedikit garam. Sejukkan.
3. Untuk inti, panaskan minyak, tumis jintan. Masukkan bahan kisar dan tumis hingga wangi.
4. Masukkan kelapa parut dan gaul sebati hingga masak dan perasakan.
5. Sejukkan inti.
6. Ambil sedikit pulut dan ratakan diatas daun pisang letakkan sedikit serunding dan gulung kemas.
7. Sematkan hujung daun dengan inti. Panggang diatas kuali leper dan pangang sehingga masak.
8. Hidangkan.

Bahan Asas: Beras Pulut
Kaedah Memasak: Memanggang


Seri Muka

Seri Muka
Beras Pulut        - 300 gram (direndam semalaman)
Gula Pasir          - 100 gram (dicampurkan dengan gula merah jadikan air gula)
Gula Merah        -100 gram
Santan Pekat      - 150 ml
Santan Cair        - 200 ml
Tepung Gandum- 3 sudu besar
Tepung Jagung  - 1 sudu besar
Telur                  -2 biji

Kaedah:
1. Rendam beras pulut semalaman. Bilas hingga bersih dan toskan.
2. Pukul telur, masukkan air gula merah, masukkan tepung gandum dan tepung jagung, gaul rata.
3. Campurkan santan pekat dan campurkan 150 ml air dan kacau hingga sebati.\
4. Kukus pulut kemudian masuk sedikit santan. Sejukkan.
5. Mampatkan semua pulut yang telah masak di dalam loyang.
6. Kukus semula pulut di dalam pengukus.
7. Tuangkan batter pekat tadi di atas pulut.
8. Kukus hingga masak. 15 minit.
9. Sejukkan sebelum dipotong.

* Seri muka warna coklat letak serbuk kayu manis ( letak untuk bau & rasa sahaja )

Bahan Asas : Beras Pulut
Kaedah Memasak : Mengukus