Sabtu, 6 Oktober 2018

Tomato rice latin

Tomato roma ( hancurkan )
Rice
Sautee garlic
Salt
Butter

Saffron sauce

Milk
Saffron

Mushroom Poblano Crepes

Milk
Flour
Salt ( Nak masin sedikit )
Chived ( Small dice )
Butter

Brazillian Croele Sauce

Looks like tomato sauce

1. Normal mirepoix
2. Red capsicum
3. Basil & thyme (chopped)
4. Salt
5. Black pepper
6. Tobasco sauce

Taro Cake

Spring onion
Truffle oil
Sour cream
Yam
A bit flour

Shape the taro cake as your desired.

Cucur Pasembor

2/9/2009

1. Tepung jagung
2. Tepung gandum
3. Kucai
4. Cili
5. Taugeh
6. Baking powder
7. Udang kering
8. Telur
9. Kunyit
10. Garam

Pico de gallo

Roma tomato
Red onion / Yellow onion
Coriander
Cili padi
Salt
Lemon Juice

Sabtu, 5 Mei 2018

Vadei

Bahan-Bahan:

500 gram kacang dal (Direndam selama 6 jam)
1 labu bawang besar (Dipotong dadu)
2 biji cili hijau (Dibuang biji dan dihiris halus)
1 tangkai daun kari (Diracik halus)
1 sudu makan ikan bilis (Dikisar halus)
2 sudu makan tepung gandum
1 sudu makan rempah kari
1/2 sudu teh garam
2 cawan minyak bagi menggoreng

Kaedah:

1. Tuskan kacang dal dan kisar sederhana halus dan ditapis. Buang airnya
dan campurkan semua bahan kecuali minyak ke dalam kacang dal kisar
tadi dan gaul sehingga sebati.
2. Panaskan kuali, ambil sedikit adunan dan kepal leper sebelum digoreng
dalam minyak yang panas.


Rabu, 2 Mei 2018

Garam Masala

Bahan-bahan:

10 tangkai cili kering (Dibuang biji)
3 sudu makan ketumbar
1 1/2 inci kulit kayu manis
2 biji buah pala
1 sudu makan jintan manis
2 sudu makan jintan putih 
3 kuntum bunga lawang

Kaedah:

1. Panaskan kuali dan sangai (menggoreng tanpa minyak) semua bahan sehingga harum.
2. Biarkan sejuk dan kisar di dalam pengisar kering sehingga menjadi
serbuk.

Kacang Kuda Rebus

Bahan-Bahan:

1 cawan kacang kuda (Direndam semalaman)
1 tangkai daun kari
1/4 sudu teh biji sawi
1 sudu teh rempah masala
1 sudu makan minyak sapi

Kaedah:

1. Rebus kacang kuda sehingga lembut.
2. Tuskan airnya sehingga kering.
3. Panaskan kuali dengan minyak sapi dan masukkan daun kari. Tumis biji sawi sehingga harum dengan api yang kecil.
4. Masukkan kacang kuda, garam masala dan kacau sehingga sebati.
5. Sedia dihidangkan.


Ahad, 29 April 2018

Capati

Bahan-Bahan:

2 cawan tepung capati
4 sudu makan mentega
1 sudu makan minyak sapi
5 cawan air
1 sudu teh garam

Kaedah:

1. Gaulkan tepung capati dengan mentega, minyak sapi dan garam.
2. Tuangkan air dan uli sehingga lembut. Kemudian tutup dan biarkan
selama 30 minit.
3. Bahagikan adunan itu kepada 8 bahagian.
4. Panaskan kuali leper dengan api sederhana kecil.
5. Canai tiap-tiap satu sehingga nipis.
6. Letakkan di atas kuali. Apabila keluar gelembung kecil, balikkan
sehingga capati berwarna kuning pucat.
7. Hidang panas-panas dengan kuah dal ataupun sambal tumis.


Khamis, 26 April 2018

Cucur Ikan Bilis

Bahan-bahan:

150 gm ikan bilis - rendam
250 gm tepung gandum
1 labu bawang besar - hiris nipis
5 tangkai daun kucai - potong kasar
100 gm tauge
1 cawan air
Sedikit garam
Minyak masak untuk menggoreng

Kaedah:

1. Masukkan ikan bilis, bawang, daun kucai, tauge ke dalam tepung. Kemudian tambahkan garam dan air secukupnya. Gaul sehingga sebati.
2. Panaskan minyak, jemputkan adunan di dalam kuali. Goreng sehingga kekuning-kuningan atau sehingga masak.
3. Jemput-jemput ikan bilis enak di cicah dengan kuah kacang ataupun sos.

Lepat Pisang

Bahan-bahan:

1 ikat                    - pisang emas
1 1/2 cawan        - tepung gandum
1/2 cawan            - tepung ubi
200 gram             - kelapa parut- ambil putih
1/2 cawan            - gula
Secubit Garam
Daun Pisang        - Dipotong empat segi dan dilayur

Kaedah:

l. Lenyekkan pisang, kemudian masukkan tepung dan gula, gaul sehingga sebati.
2. Bentangkan daun pisang dan letakkan sedikit adunan pisang. Ratakan sedikit dan isikan inti kelapa parut yang telah digaul dengan sedikit garam, kemudian gulung.
3. Kukus selama 20 minit. Boleh dihidangkan.