Bagaimana Zumba mengubah hidup saya.
Pada suatu ketika dahulu, pukul 4.00 petang, Ogos 2013, di dapur tempat saya bekerja, saya sedang membasuh bawang kuning dengan air untuk membuang serbuk pasir yang melekat di permukaan bawang. Kemudian, saya menghiris nipis bawang kuning itu laju-laju dalam 15 biji. Ia membuatkan saya hampir menangis kerana apabila bawang yang basah dan dipotong ia akan melepaskan sejenis bahan kimia yang dikenali sebagai syn - propanethia -S- oksida membuatkan mata manusia mengeluarkan air mata. Ia merangsang kelenjar air mata melepaskan air mata.
Secara tiba-tiba, nama saya dipanggil oleh Chef Pearl Woo, " Zuan, datang sini kejap." Terus saya, memalingkan kepala saya ke arah suara itu, melihat dia di belakang saya, dan terus saya berjumpa dengan dia. Chef Pearl berkata, " Kenapa kamu menangis?!". " Saya baru potong bawang, bawang selalu buat saya sedih". Jawab saya. Selepas itu, Chef Pearl senyum perli terhadap saya. " Hey, Zuan awak hendak cuba Zumba tak? Mewakili bahagian kulinari." Kata Chef Pearl. " Zumba itu apa?" Jawab saya. " Zumba itu macam tarian aerobik", Balas Chef Pearl. " Haaaa... Saya tidak mahu! Semua perempuan. " jawab saya. " Cubalah dulu, kalau tidak cuba, kamu tidak tahu, kalau kamu tidak suka, hentikan terus, lepas mencuba Zumba, kalau kamu suka kamu teruskan, ia adalah salah satu rancangan saya untuk meningkatkan tahap komunikasi kamu melalui Zumba. Kamu selalu sangat stres dan tekanan. Malu dan tidak suka bercakap dengan orang. Muka langsung tidak ada senyum". Nampaknya saya terpaksa bersetuju, " Baiklah Chef Pearl, saya cuba,". Dalam hati saya berkata " Apa itu Zumba?".
Idea siapa yang mencadangkan saya mencuba Zumba?
Pearl Woo
Kelas Zumba pertama saya, pada bulan Ogos 2013 dari hujung, Elaine, Lavanyia, dan saya. |
Masalah saya semasa berzumba.
1. Pengalaman Zumba kali pertama dan setiap kali selepas menghadiri Zumba kelas, amat memenatkan, tidak tahu mengikut rentak tarian dan muzik, sakit kaki, sakit peha, sakit badan, rasa hendak muntah, pening kepala, badan tidak sedap, dan sakit hati sebab Zumba itu susah rupanya.
2. Tambah lagi saya seorang sahaja lelaki sahaja di dalam kelas Zumba. Saya rasa memang sangat kekok dan pelik. Buat tidak tahu sahaja. Jadi selepas beberapa kali menghadiri kelas Zumba, saya yakin boleh bergaul dengan selesa dengan semua rakan di kelas Zumba.
3. Saya pernah mengambil MC, cuti sakit kerana kaki saya terlalu sakit sebab terlampau suka menari Zumba sampai jalan kangkang. Doktor nasihatkan saya supaya mengambil vitamin dan calsium yang mencukupi untuk menjalani hidup yang aktif bersukan.
3. Saya pernah mengambil MC, cuti sakit kerana kaki saya terlalu sakit sebab terlampau suka menari Zumba sampai jalan kangkang. Doktor nasihatkan saya supaya mengambil vitamin dan calsium yang mencukupi untuk menjalani hidup yang aktif bersukan.
Perjalanan Zumba saya dari Ogos 2013 sehingga April 2015.
Dari kiri ke kanan, Saya, Nadyia, Pei Yei, Kavitha, San san, Nagesh Maniam (Zumba Instruktor), dan Jenny. |
Dari kiri ke kanan, Saya, Nadyia, Pei Yei, Kavitha, San san, Nagesh Maniam (Zumba Instruktor), dan Jenny. |
Dari kiri ke kanan, Nagesh Maniam, saya, Nadyia, dan Jarrel. |
Dari kiri ke kanan, Nadyia, Kavitha, Nagesh, dan saya. |
Masa untuk berzumba! (^_^) |
Zumba adalah masa untuk gembira, mengurangkan tekanan bekerja, dan berusaha memperbaiki diri untuk menjadi manusia lebih baik. |
Tiga serangkai. Dari kiri, saya, Nadyia, dan Kavitha. |
"Fantastic Four" - Dari kiri, Nagesh, Nadyia, saya,dan Kavitha. |
Atas faktor-faktor yang tidak dapat dielakkan, kelas Zumba terpaksa ditutup pada bulan Mei 2015. Saya berasa sangat kecewa dan geram yang amat sangat. Saya mencari alternatif lain.... dan ini yang saya jumpa....
Sensasi Zumba Fitness yang berlangsung di Taman Tasik Titiwangsa, pada 16 Mei 2015. Seramai 2,000 orang menghadirkan diri dan menari Zumba. Semangat Zumba! (^_^) |
Selepas Zumba pada hari itu, saya masih mencari kelas Zumba yang baru. Akhirnya, saya ternampak di laman sesawang Facebook. Ada kelas Zumba yang berdekatan yang berhampiran rumah saya, kelas Zumba bersama Zin Jonathan Richie Lai. Kelas Zumba saya bermula semula pada bulan Jun 2015...
Dari kiri, Alice Adrianna Sabki, Nany Haron, Norul Latifah A. Rahman, saya, dan Zin Jonathan Richie Lai. |
Dari kiri, Xena Qasdina (Asfanadila Ghazali), Yi Ma Nas, Angel Cry, saya, dan Julie Ibrahim. |
Dari kiri, Norfaridah Ghazali, Norul Latifah A. Rahman, Nurul Husna Rafie, Angel Cry, Kirana Sunduckant ( Kak Su ), Xena Qasdina (Asfanadila Ghazali), dan saya. |
Dari kiri, wanita comel, Siti Norasikin DS, Kirana Sunduckant ( Kak Su ), Zin Jonathan Richie Lai, Les Galida, Norul Latifah A. Rahman, Zouffi Baharudin (penyanyi profesional) dan saya. |
Saya bersama Norul Latifah A. Rahman, beliau dalam "Top 5" pertandingan Miss Jumbo Queen 2014 yang berlangsung di Sungai Wang Plaza pada tahun lepas. |
Saya bersama Alice Adrianna Sabki pemenang Miss Jumbo Queen 2014. "I'm with the Champion!". (^_^) |
Dari kiri, Mas Lieza, Zuraida Zaini (Selamat Hari Jadi, Teddy Bear Comel), Nany Haron, dan Lynn Elisya. |
Dari kiri, Mas Lieza, Zuraida Zaini, Zin Jonathan, dan Lynn Elisya. |
"Zumba Green Party" yang diadakan pada 3 Ogos 2015. |
Gambar atas : Zeeha Omar, Nadiah, dan Zin Azhar Ejoy. Gambar bawah : Zeeha Omar, Nadiah, dan saya. |
Dari kiri, Zulizan Jamaludin (Izan), Angel Cry, Nurul Husna Rafie, Sufi Isnaini, Izwan Haris, dan wanita comel. |
Gambar ini mengambarkan sebuah keluarga yang besar. Kelas Zumba yang diadakan baru-baru ini di Dewan Sapinah, Jalan Taman IbuKota, Kuala Lumpur. |
Apa yang saya belajar daripada Zumba?
1. Melihat semua perkara dari segi positif.
2. Apabila bersama dengan orang yang berjaya, secara tidak sedar, kita akan mengikut tingkah laku orang tersebut.
3. Untuk menjadi yang terbaik, anda mesti bersama dengan orang yang terbaik.
4. Saya menjadi ceria, gembira, senyum, dan tidak seperti dahulu, pendiam, muka masam, dan tidak gembira.
5. Tahap keyakinan saya bertambah.
6. Sekarang, kalau saya ada masalah atau tidak faham sesuatu perkara, saya akan menari Zumba, selepas itu idea datang dengan sendirinya.
7. Dapat mengenali rakan baru dari pelbagai bidang pekerjaan.
8. Saya menjadi sihat dan cergas selalu.
9. Zumba adalah tempat dimana saya ekspresi diri saya.
10. Saya menjadi diri sendiri, tidak perlu berpura-pura dan jujur dengan diri sendiri.
8. Saya menjadi sihat dan cergas selalu.
9. Zumba adalah tempat dimana saya ekspresi diri saya.
10. Saya menjadi diri sendiri, tidak perlu berpura-pura dan jujur dengan diri sendiri.
"Di belakang setiap lelaki ada seorang wanita yang sangat hebat", dari Lindsay Bradley.
Kesimpulannya, Chef Pearl Woo, pelan anda terhadap saya sudah dua tahun berlalu. Rancangan awak berjaya. Saya pula sukakan Zumba. (^_^). Tujuan saya berzumba untuk meningkatkan tahap komunikasi supaya menjadi insan yang lebih baik. Berkomunikasi dengan cara yang betul, menolong saya mendapatkan apa yang saya mahu sahaja. Tahap hidup anda bergantung kepada tahap komunikasi anda dengan orang lain. Sekian, terima kasih kerana membaca Cerita Zumba saya. Jom Zumba! (^_^)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan