Rabu, 19 Ogos 2015

Cerita Pendek Hidup Saya - Zuan:Ahli Dapur

Cerita Pendek Hidup Saya.


Nama saya ialah Shahrul Ridzuan Bin Khairudin, lahir pada 28 Disember 1987. Di lahirkan di Hospital Daerah Taiping, Perak Darul Ridzuan. 

Saya dilahirkan tidak cukup bulan. Umur saya dalam kandungan emak saya hanya tujuh bulan sahaja yang sepatutnya sembilan bulan untuk melahirkan bayi secara normal. Doktor mengatakan saya tidak mampu hidup lama kerana saya terlalu kecil, menurut arwah Opah saya, saya hanya sebesar botol kicap, lagi pun saya masih bayi ketika itu. Opah saya mengambil tanggungjawab untuk menjaga saya sehingga saya berumur empat bulan kerana tidak yakin akan kemampuan Emak saya untuk menjaga saya. Setelah saya membesar seperti bayi biasa, barulah Opah saya yakin untuk melepaskan saya kepada Emak kandung saya kerana anak adalah satu amanah daripada tuhan untuk pasangan yang mendirikan rumah tangga. Doktor tidak percaya saya akan hidup lama, berkat kasih sayang daripada arwah Opah saya dan Emak saya, tuhan panjangkan umur saya. 
Di belakang setiap lelaki ada seorang wanita yang sangat hebat, dari Lindsay Bradley.

Malangnya, saya tidak bernasib baik sekali lagi dalam pelajaran di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Pelajaran Tinggi Malaysia (STPM). 

Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

Keputusan Sijil Tinggi Malaysia (STPM)

Cikgu sekolah pernah berkata kepada saya, "Kamu gagal!", "Kamu teruk!", "Kamu malas belajar!", "Bila kamu besar, apa kamu hendak jadi?", " Kamu sudah tiada harapan lagi untuk hidup... ".

Pada masa itu, saya rasa masa depan saya gelap, tiada mana arah tuju, tiada cita-cita, tiada kompas hidup, semua kawan-kawan lari, dan keluarga malu dengan saya. Saya sangat kecewa dengan diri saya sebab saya gagal dalam Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) dan Sijil Pelajaran Tinggi Malaysia(STPM).
Jangan putus asa. Kegagalan dan Penolakan Idea adalah hanya langkah pertama untuk berjaya, dari Joe Valvano.

Beberapa tahun kemudian, tanpa disangka, sesuatu telah berlaku....

"Thor" atau Chris Hemsworth membawa watak sebagai pelakon utama dalam filem Thor:The Dark World 

Saya dan rakan-rakan bergambar dengan 'Thor' atau nama sebenar beliau ialah Chris Hemsworth, pelakon popular dari Hollywood menikmati hidangan makan malam di sebuah restoran di Ibu Kota. Beliau suka makan burger daging dan daging Rib Eye.




"Thor" atau Chris Hemsworth berlakon bersama Wira yang hebat untuk memerangi kejahatan di dalam filem "The Avengers".  

Cikgu! Saya gagal SPM dan STPM sebelum ini sebab saya akan bergambar dan berbual dengan pelakon popular dari Hollywood iaitu "Thor" atau nama sebenar beliau Chris Hemsworth. Perjuangan masih belum selesai, ini baru permulaan sahaja...
Anda cuba, anda gagal, dan cuba, anda gagal, sebenarnya, kegagalan adalah apabila anda berhenti mencuba!



Terima kasih kerana membaca blog saya. Semoga hidup anda ceria dan gembira selalu... (^_^)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan