Rabu, 26 Ogos 2015

Cerita Zumba Saya l My Zumba Story

Bagaimana Zumba mengubah hidup saya.

Nama saya ialah Shahrul Ridzuan Bin Khairudin. "I love Zumba!"


Pada suatu ketika dahulu, pukul 4.00 petang, Ogos 2013, di dapur tempat saya bekerja, saya sedang membasuh bawang kuning dengan air untuk membuang serbuk pasir yang melekat di permukaan bawang. Kemudian, saya menghiris nipis bawang kuning itu laju-laju dalam 15 biji. Ia membuatkan saya hampir menangis kerana apabila bawang yang basah dan dipotong ia akan melepaskan sejenis bahan kimia yang dikenali sebagai syn - propanethia -S- oksida membuatkan mata manusia mengeluarkan air mata. Ia merangsang kelenjar air mata melepaskan air mata.
Secara tiba-tiba, nama saya dipanggil oleh Chef Pearl Woo, " Zuan, datang sini kejap." Terus saya, memalingkan kepala saya ke arah suara itu, melihat dia di belakang saya, dan terus saya berjumpa dengan dia. Chef Pearl berkata, " Kenapa kamu menangis?!". " Saya baru potong bawang, bawang selalu buat saya sedih". Jawab saya. Selepas itu, Chef Pearl senyum perli terhadap saya. " Hey, Zuan awak hendak cuba Zumba tak? Mewakili bahagian kulinari." Kata Chef Pearl. " Zumba itu apa?" Jawab saya. " Zumba itu macam tarian aerobik", Balas Chef Pearl. " Haaaa... Saya tidak mahu! Semua perempuan. " jawab saya. " Cubalah dulu, kalau tidak cuba, kamu tidak tahu, kalau kamu tidak suka, hentikan terus, lepas mencuba Zumba, kalau kamu suka kamu teruskan, ia adalah salah satu rancangan saya untuk meningkatkan tahap komunikasi kamu melalui Zumba. Kamu selalu sangat stres dan tekanan. Malu dan tidak suka bercakap dengan orang. Muka langsung tidak ada senyum". Nampaknya saya terpaksa bersetuju, " Baiklah Chef Pearl, saya cuba,". Dalam hati saya berkata " Apa itu Zumba?".


Idea siapa yang mencadangkan saya mencuba Zumba? 

Pearl Woo

Chef Pearl Woo yang berasal dari Sarawak. Pada awal karier bermula sebagai Cikgu Tadika, dan Agen Insuran. Tekanan yang hebat dari syarikat Insuran yang perlu mencapai sasaran yang ditetapkan setiap bulan, selain itu tekanan dari rakan sekerja, tikam belakang, dan masalah kesihatan, ulser. Doktor menasihati beliau meninggalkan bidang Insurans dan melakukan perkara yang membuatkan beliau gembira. Dari Kuching, Sarawak menjelajah ke Kuala Lumpur, semenanjung Malaysia, mencari bidang pekerjaan baru iaitu memasak. Walaupun agak lambat untuk memasuki bidang kulinari pada umur 33 tahun, beliau berjaya juga menjadi "Chef In Charge" di salah sebuah restoran di ibu kota. Selain itu, beliau pernah di jemput oleh TV2 dan TV3 sebagai Chef jemputan dalam rancangan masakan Babas bersama Celebriti Chef Kamarul. Sekarang beliau, bekerja di salah sebuah hotel di Guangzhou, China. 



Kelas Zumba pertama saya, pada bulan Ogos 2013 dari hujung, Elaine, Lavanyia, dan saya.


Masalah saya semasa berzumba.

1. Pengalaman Zumba kali pertama dan setiap kali selepas menghadiri Zumba kelas, amat memenatkan, tidak tahu mengikut rentak tarian dan muzik, sakit kaki, sakit peha, sakit badan, rasa hendak muntah, pening kepala, badan tidak sedap, dan sakit hati sebab Zumba itu susah rupanya.
2. Tambah lagi saya seorang sahaja lelaki sahaja di dalam kelas Zumba. Saya rasa memang sangat kekok dan pelik. Buat tidak tahu sahaja. Jadi selepas beberapa kali menghadiri kelas Zumba, saya yakin boleh bergaul dengan selesa dengan semua rakan di kelas Zumba.
3. Saya pernah mengambil MC, cuti sakit kerana kaki saya terlalu sakit sebab terlampau suka menari Zumba sampai jalan kangkang. Doktor nasihatkan saya supaya mengambil vitamin dan calsium yang mencukupi untuk menjalani hidup yang aktif bersukan.

Perjalanan Zumba saya dari Ogos 2013 sehingga April 2015.
Dari kiri ke kanan, Saya, Nadyia, Pei Yei, Kavitha, San san, Nagesh Maniam (Zumba Instruktor), dan Jenny.

Dari kiri ke kanan, Saya, Nadyia, Pei Yei, Kavitha, San san, Nagesh Maniam (Zumba Instruktor), dan Jenny.

Dari kiri ke kanan, Nagesh Maniam, saya, Nadyia, dan Jarrel.
Dari kiri ke kanan, Nadyia, Kavitha, Nagesh, dan saya.



Masa untuk berzumba! (^_^)
Zumba adalah masa untuk gembira, mengurangkan tekanan bekerja, dan berusaha memperbaiki diri untuk menjadi manusia lebih baik.


Tiga serangkai. Dari kiri, saya, Nadyia, dan Kavitha.
"Fantastic Four" - Dari kiri, Nagesh, Nadyia, saya,dan Kavitha.




Nama beliau ialah Nagesh Maniam. Beliau adalah instruktor Zumba dan Sh'bam. Beliau selalu menekankan pentingnya untuk menjaga kesihatan dan stamina. Instruktor yang bagus, bijak berkomunikasi dengan peserta, dan pemilihan lagu yang menarik serta gerakan aerobik, tarian , yang menaikkan "mood" peserta untuk turut menari Zumba dengan semangat. Dalam diam, saya menjadikan beliau sebagai mentor saya dalam Zumba dan meningkatkan stamina saya untuk kekal cergas dan sihat. Berat badan saya pada mula-mula masuk Zumba kelas adalah 68 kg. Selepas beberapa bulan saya mengikuti kelas Zumba beliau, berat badan saya turun sehingga 63 kg. Negatif ke positif. Saya berjaya mendapat berat badan ideal. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Nagesh Maniam kerana berjaya mengubah hidup saya melalui Zumba.
Atas faktor-faktor yang tidak dapat dielakkan, kelas Zumba terpaksa ditutup pada bulan Mei 2015. Saya berasa sangat kecewa dan geram yang amat sangat. Saya mencari alternatif lain.... dan ini yang saya jumpa....

Setelah hampir dua minggu tidak ada Zumba, masa untuk balas dendam sampai sanggup tidak bermain badminton ( Sebenarnya, saya suka main Badminton juga) pada malam sebelumnya kerana mahu menyimpan tenaga untuk menari Zumba pada hari esok.
Sensasi Zumba Fitness yang berlangsung di Taman Tasik Titiwangsa, pada 16 Mei 2015. Seramai 2,000 orang menghadirkan diri dan menari Zumba.  Semangat Zumba! (^_^)

Saya memasuki pertandingan Zumba Fitness dan menang tempat kedua dari lapan peserta. Hadiah yang saya menangi adalah baucer RM 500 dan boleh membeli-belah di tempat pusat beli belah Sogo Kuala Lumpur. Apabila kecewa dan geram itu, dilepaskan di tempat yang betul, inilah hasilnya. Negatif kepada positif. Gambar saya masuk surat khabar Utusan.

Selepas Zumba pada hari itu, saya masih mencari kelas Zumba yang baru. Akhirnya, saya ternampak di laman sesawang Facebook. Ada kelas Zumba yang berdekatan yang berhampiran rumah saya, kelas Zumba bersama Zin Jonathan Richie Lai. Kelas Zumba saya bermula semula pada bulan Jun 2015...

Dari kiri, Alice Adrianna Sabki, Nany Haron, Norul Latifah A. Rahman, saya, dan Zin Jonathan Richie Lai.
Dari kiri, Xena Qasdina (Asfanadila Ghazali), Yi Ma Nas, Angel Cry, saya, dan Julie Ibrahim.


Dari kiri, Norfaridah Ghazali, Norul Latifah A. Rahman, Nurul Husna Rafie, Angel Cry, Kirana Sunduckant ( Kak Su ),  Xena Qasdina (Asfanadila Ghazali), dan saya.
Dari kiri, wanita comel, Siti Norasikin DS, Kirana Sunduckant ( Kak Su ), Zin Jonathan Richie Lai, Les Galida, Norul Latifah A. Rahman, Zouffi Baharudin (penyanyi profesional) dan saya.
Saya bersama Norul Latifah A. Rahman, beliau dalam "Top 5" pertandingan Miss Jumbo Queen 2014 yang berlangsung di Sungai Wang Plaza pada tahun lepas. 

Saya bersama Alice Adrianna Sabki pemenang Miss Jumbo Queen 2014. "I'm with the Champion!". (^_^)  
Dari kiri, Mas Lieza, Zuraida Zaini (Selamat Hari Jadi, Teddy Bear Comel), Nany Haron, dan Lynn Elisya.


Dari kiri, Mas Lieza, Zuraida Zaini, Zin Jonathan, dan Lynn Elisya.

"Zumba Green Party" yang diadakan pada 3 Ogos 2015.

Gambar atas : Zeeha Omar, Nadiah, dan Zin Azhar Ejoy.
Gambar bawah : Zeeha Omar, Nadiah, dan saya.

Dari kiri, Zulizan Jamaludin (Izan), Angel Cry, Nurul Husna Rafie, Sufi Isnaini, Izwan Haris, dan wanita comel. 

Gambar ini mengambarkan sebuah keluarga yang besar.
Kelas Zumba yang diadakan baru-baru ini di Dewan Sapinah, Jalan Taman IbuKota, Kuala Lumpur. 
Nama beliau ialah Zin Jonathan Richie Lai. Beliau adalah Zumba Fitness dan Belly dance Instruktor. Beliau ialah seorang penari yang profesional. Kelas Zumba beliau amat menarik dari segi pemilihan lagu yang terkini dalam erti kata lain lagu yang sering diputarkan di radio. Dari segi tarian Zumba, tarian yang unik dan mudah diikuti oleh para peserta Zumba di kelas beliau. Semua peserta gembira mengikuti kelas beliau. Menurut peserta Zumba, ramai yang turun berat badan dengan mudah , hilang stres bekerja, ceria, dan menjadi semakin sihat selepas berzumba dengan beliau. 

Apa yang saya belajar daripada Zumba?

1. Melihat semua perkara dari segi positif.
2. Apabila bersama dengan orang yang berjaya, secara tidak sedar, kita akan mengikut tingkah laku orang tersebut.
3. Untuk menjadi yang terbaik, anda mesti bersama dengan orang yang terbaik.
4. Saya menjadi ceria, gembira, senyum, dan tidak seperti dahulu, pendiam, muka masam, dan tidak gembira.
5. Tahap keyakinan saya bertambah.
6. Sekarang, kalau saya ada masalah atau tidak faham sesuatu perkara, saya akan menari Zumba, selepas itu idea datang dengan sendirinya.
7. Dapat mengenali rakan baru dari pelbagai bidang pekerjaan.
8. Saya menjadi sihat dan cergas selalu.
9. Zumba adalah tempat dimana saya ekspresi diri saya. 
10. Saya menjadi diri sendiri, tidak perlu berpura-pura dan jujur dengan diri sendiri.


"Di belakang setiap lelaki ada seorang wanita yang sangat hebat", dari Lindsay Bradley.

Kesimpulannya, Chef Pearl Woo, pelan anda terhadap saya sudah dua tahun berlalu. Rancangan awak berjaya. Saya pula sukakan Zumba. (^_^). Tujuan saya berzumba untuk meningkatkan tahap komunikasi supaya menjadi insan yang lebih baik. Berkomunikasi dengan cara yang betul, menolong saya mendapatkan apa yang saya mahu sahaja. Tahap hidup anda bergantung kepada tahap komunikasi anda dengan orang lain. Sekian, terima kasih kerana membaca Cerita Zumba saya. Jom Zumba! (^_^)


Rabu, 19 Ogos 2015

Cerita Pendek Hidup Saya - Zuan:Ahli Dapur

Cerita Pendek Hidup Saya.


Nama saya ialah Shahrul Ridzuan Bin Khairudin, lahir pada 28 Disember 1987. Di lahirkan di Hospital Daerah Taiping, Perak Darul Ridzuan. 

Saya dilahirkan tidak cukup bulan. Umur saya dalam kandungan emak saya hanya tujuh bulan sahaja yang sepatutnya sembilan bulan untuk melahirkan bayi secara normal. Doktor mengatakan saya tidak mampu hidup lama kerana saya terlalu kecil, menurut arwah Opah saya, saya hanya sebesar botol kicap, lagi pun saya masih bayi ketika itu. Opah saya mengambil tanggungjawab untuk menjaga saya sehingga saya berumur empat bulan kerana tidak yakin akan kemampuan Emak saya untuk menjaga saya. Setelah saya membesar seperti bayi biasa, barulah Opah saya yakin untuk melepaskan saya kepada Emak kandung saya kerana anak adalah satu amanah daripada tuhan untuk pasangan yang mendirikan rumah tangga. Doktor tidak percaya saya akan hidup lama, berkat kasih sayang daripada arwah Opah saya dan Emak saya, tuhan panjangkan umur saya. 
Di belakang setiap lelaki ada seorang wanita yang sangat hebat, dari Lindsay Bradley.

Malangnya, saya tidak bernasib baik sekali lagi dalam pelajaran di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Pelajaran Tinggi Malaysia (STPM). 

Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

Keputusan Sijil Tinggi Malaysia (STPM)

Cikgu sekolah pernah berkata kepada saya, "Kamu gagal!", "Kamu teruk!", "Kamu malas belajar!", "Bila kamu besar, apa kamu hendak jadi?", " Kamu sudah tiada harapan lagi untuk hidup... ".

Pada masa itu, saya rasa masa depan saya gelap, tiada mana arah tuju, tiada cita-cita, tiada kompas hidup, semua kawan-kawan lari, dan keluarga malu dengan saya. Saya sangat kecewa dengan diri saya sebab saya gagal dalam Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) dan Sijil Pelajaran Tinggi Malaysia(STPM).
Jangan putus asa. Kegagalan dan Penolakan Idea adalah hanya langkah pertama untuk berjaya, dari Joe Valvano.

Beberapa tahun kemudian, tanpa disangka, sesuatu telah berlaku....

"Thor" atau Chris Hemsworth membawa watak sebagai pelakon utama dalam filem Thor:The Dark World 

Saya dan rakan-rakan bergambar dengan 'Thor' atau nama sebenar beliau ialah Chris Hemsworth, pelakon popular dari Hollywood menikmati hidangan makan malam di sebuah restoran di Ibu Kota. Beliau suka makan burger daging dan daging Rib Eye.




"Thor" atau Chris Hemsworth berlakon bersama Wira yang hebat untuk memerangi kejahatan di dalam filem "The Avengers".  

Cikgu! Saya gagal SPM dan STPM sebelum ini sebab saya akan bergambar dan berbual dengan pelakon popular dari Hollywood iaitu "Thor" atau nama sebenar beliau Chris Hemsworth. Perjuangan masih belum selesai, ini baru permulaan sahaja...
Anda cuba, anda gagal, dan cuba, anda gagal, sebenarnya, kegagalan adalah apabila anda berhenti mencuba!



Terima kasih kerana membaca blog saya. Semoga hidup anda ceria dan gembira selalu... (^_^)