Jumaat, 27 November 2020

LOMO SALTADO

-Hidangan Utama makanan klasik dari Peru.

Bahan-bahannya:

Daging batang pinang - 200gm

Kicap cair Kikkoman - 1 sudu besar

Kicap cair - 1/2 sudu besar

Sos Tiram - 1/2 sudu besar

Serbuk pati lembu - 1/2 sudu besar

Bawang merah - 30 gram

Capsicum kuning - 30 gram

Tomato - 30 gram

Daun bawang - 5 gram

Daun ketumbar - 5 gram

Daun parsley itali - 5 gram 

Pes cili kuning (Yellow Chilli Pureee) - 1/2 sudu besar

Pes bawang putih - 1/2 sudu kecil

Potato russet / Potato idaho - 2 biji

Nasi putih atau Jagung bakar 

Lada sulah - 5 gram

Garam - 5 gram

 

Bahan-bahan untuk mise in place:

  1. Daging batang pinang yang dipotong kiub sebanyak 30 gram setiap satu.
  2. SOY MIX: 1 sudu besar Kicap cair Kikkoman + 1/2 sudu besar Kicap Cair + 1/2 sudu besar Sos Tiram.

*Soy mix bermaksud campuran sos soya.

      3. Stok Beef atau Serbuk pati lembu diadun dengan sedikit air.

      4. Bawang merah dan Capsicum kuning di potong tebal.
      5. Tomato di potong secara wedges.
      6. Daun bawang di hiris nipis. 

      7. Daun Ketumbar atau Daun Parsley Itali di cincang.

      8. Pes Bawang Putih - Bawang putih yang dibuang kulit direndam dalam bekas container besi bersama minyak jagung. Tutup bahagian atas container besi dengan aluminium foil. Masak secara perlahan dengan suhu 60 celcius di dalam oven selama 20 minit. Selepas itu, tapiskan bawang putih ini dari minyak jagung tadi dan sejukkan selama 5 minit. Masukkan bawang putih (garlic confit) ini kedalam blender bersama 1 sudu besar rendaman minyak jagung tadi dan blend sehingga tekstur bawang putih menjadi pes.

      9. Ubi kentang russet/idaho di potong Baton dengan ketebalan 8mm bentuk steak fries.

Langkah-langkahnya:

  1. Panaskan minyak untuk menggoreng ubi kentang. Perasakan dengan garam.
  2. Masak nasi.
  3. Panaskan sautee pan bersama minyak zaitun. Masukkan daging batang pinang yang telah diperasakan dengan garam. Sautee sehingga berwarna coklat gelap dan daging masak dalam 50%. Asingkan.
  4. Gunakan sautee pan yang sama untuk menumis bawang merah, capsicum kuning, tomato, pes bawang putih dan yellow chilli puree.
  5. Masukkan SOY MIX dan Stok beef sehingga mendidih. Campur daging batang pinang tadi sehingga masak.
  6. Masukkan daun bawang. Hidangkan. Hiaskan makanan dengan daun ketumbar supaya presentation lagi menarik.

*Hidangkan dengan hirisan kentang goreng buatan sendiri (homemade) atau kentang goreng segera.
Ia juga boleh dihidangkan dengan nasi putih atau jagung bakar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan